Sekotak Almond Kurabiyesi dan Seafood Kavala
Assalamualaikum w.b.t.
Sepanjang trip di Greece, saya terfikirkan souvenirs untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan. Sepanjang jalan, saya nampak banyak cookies yang dikenali sebagai Kurabiyesi or Kurabi.
Kurabiyesi ini merupakan Kavala almond cookies yang diperbuat daripada almond, flour dan butter.
Semasa melawat Thessaloniki, Greece, saya sempat membeli beberapa kotak untuk dibawa pulang ke tanah air. Saya beli dua perisa. Satu coklat, satu lagi original.
Ayah saya gemar betul cookies ni. Rasanya macam kuih abuk-abuk yang keras. Saya juga beli extra sebab masa tu saya dapat surat confirmation untuk bergraduat. Saya berkongsi cookies ni dengan ahli-ahli trip yang lain. Harga sekotak cookies ni lebih kurang 5-7 Euros. Ada lebih kurang 5-6 pieces.
Sedap tak? Okay lah, saya lebih sukakan flavour chocolate dari yang original almond. Maybe ada cara untuk menikmati dessert ini, contohnya, kalau makan bersama-sama secawan teh panas, mungkin lebih sedap.
Sebiji cookies ni besar ye. Boleh share 2 orang.
Ada beberapa kedai yang menjual kurabiyesi ni. Kami membeli di kedai uncle ni sebab dia buat fresh from oven ye. Macam ada historic stories about this place.
Untuk original flavour akan diletakkan dalam kotak hitam. Yang chocolate flavour pula packed dalam brown box. Kalau tak silap saya yang kotak orange tu for flavour citrus?
Di kotak tu pun ada muka uncle ni.
After membeli-belah cookies, kami sempat stop by di sebuah restoran seafood. Sedap betul dapat makan something yang fusion macam ni setelah berhari-hari makan roti + kofte or kebab seperti makanan ruji kebanyakan orang-orang Turki dan Balkan.
Kita yang memang tekak nusantara ni perlukan nasi haha.
Kebetulan, tour guide kami, Niney dan Senad, membawa kami ke kedai seafood untuk makan tengah hari setelah penat mendaki Kavala Fortress. Fuh, berselera betul. Dapat pulak nasi goreng + fried ikan bilis + squid + sedikit sayuran. Kalau tengok portion macam tak cukup. Nak order extra kena fikir-fikir sebab semuanya kena darab lima ๐
Bulu pun tebal, sesuai dengan cuaca sejuk di Greece๐ป Rindu betul kenangan melawat tempat orang. In sha Allah, semoga berpeluang ke sana lagi.
Comments
Post a Comment