Bekerja Sebagai Seorang Technical Writer

 Assalamualaikum w.b.t.

Saya kini bekerja sebagai seorang Technical Writer di sebuah syarikat swasta di Malaysia. Untuk pengetahuan semua, ada banyak nama lain untuk jawatan ini, bergantung kepada industri tersebut. Contohnya, ada yang panggil position ini sebagai Documentation Engineer atau pun Technical Documentation Analyst.

Sejujurnya, saya melalui waktu-waktu yang sukar untuk explain job scope kerja saya secara spesifik meski pun tugas utama saya adalah untuk make everything easily understandable 😁

Menurut wikipedia:

A technical writer is a professional information communicator whose task is to transfer information between two or more parties, through any medium that best facilitates the transfer and comprehension of the information.

Mengenali job technical writer kali pertama

Saya pernah melihat beberapa writer job ads semasa saya belajar di Manchester dan pernah berniat untuk memulakan career saya sebagai seorang penulis selepas tamat pengajian ijazah sarjana saya. Cumanya, saya belum pasti tentang demand market menjadi seorang penulis di Malaysia selain novelis dan editor.

Saya tidak pernah mengimpikan yang saya akan menjadi seorang technical writer kerana saya langsung tidak mempunyai latar belakang pendidikan 'technical' seperti Engineering, Mathematics, Physics atau pun Sains Komputer selain aliran Sains tulen masa SPM, tapi masa sekolah dulu pun biasa-biasa saja result hehe 😆 Selepas saya pulang ke tanah air, saya hanya apply secara rawak di Indeed dan selepas 4 stages of interview, Alhamdulillah, pejam celik pejam celik 1 tahun 3 bulan telah pun berlalu.


Tugas sebagai technical writer

Kerja saya memerlukan interaksi yang banyak dengan komputer. Sejak saya mula bekerja, hanya sekali saya onsite, itu pun sebab nak ambil laptop & access card. Selebihnya, saya bekerja secara remote, atau lebih mudah dipanggil, WFH - Work from Home. Rakan sekerja saya terdiri daripada kalangan engineers dari pelbagai bidang utama seperti software, mechanical, computer etc termasuklah IT support dan technician.

Skop utama yang saya perlu lakukan adalah untuk facilitate SMEs, engineers to simplify write-up documents seperti proofreading, manage newsletters, documentation, migration, update and regulate website, analytics & data reporting. Bagi saya, execution kerja tidaklah sesukar mana kerana task-task yang perlu saya lakukan memerlukan saya mengguna pakai skill bahasa Inggeris berbanding kefahaman technical. Namun begitu, ada ketika, saya mati kutu juga sebab tak faham jargons and lexicons IT 😅

Kemahiran teknikal yang saya pelajari

Antara skills utama yang perlu ada untuk menjadi seorang technical writer ialah UI/UX, basic coding, photoshop, designing, SQL, C++, Phyton etc mengikut keperluan industri. Ada beberapa basic courses dan training yang perlu saya jalani. Sampai sekarang, saya masih belajar nak fully utilize Microsoft features. Walaupun dari sekolah sampai kerja guna Word, rupanya banyak lagi shortcuts and kegunaan Word yang saya tak tahu. Antara tools yang sering saya guna ialah Outlook, Microsoft Teams, Microsoft Form, Visio, Powerpoint, PowerBI, Sharepoint & Wikipage.

Pros & cons Work from Home (WFH)

Sebagai seorang yang don't do good in groups, saya bersyukur sangat sebab dapat bekerja dari rumah sepanjang pandemik dan PKP. Tapi ikut polisi syarikat juga. Kalau berubah, maybe this year kena full onsite lah kot? Percaya atau tak, sepanjang saya bekerja, hanya sekali sahaja saya berjumpa team members bersempena farewell luncheon supervisor saya yang akan berpindah ke company baru.

WFH ada pros and cons, antaranya:

👍 Pros:
Saya dapat jimat banyak tenaga, masa dan wang kerana tidak perlu travel dan bangun awal pagi bersiap ke tempat kerja. Meski pun begitu, waktu bekerja perlu dipatuhi dari 8 pagi - 5.00 petang. Quality time saya dengan keluarga pun lebih banyak dipenuhi dan tidak ada unnecessary dramas di workplace yang perlu dibawa pulang ke rumah.

👎 Cons:
Adakalanya WFH ni boleh jadi boring sangat especially bila tak faham sesuatu dan perlukan offline assistance. Jadi, diri sendiri perlu lebih independent dan cepat-cepat tanya kalau tak faham sesuatu. Saya juga bekerja mengikut waktu global jika ada request. Kadang-kadang pukul 11 malam pun masih ada meeting untuk sesuaikan timezone.

Kenangan interview sebagai technical writer

Seingat-ingat saya, proses interview mengambil masa lebih kurang 2-3 minggu secara online dan melalui 4 stages. Stage 1, saya ditemu duga oleh HR sebelum dipanjangkan kepada hiring managers di steps ke 2 dan 3. Soalan-soalan yang ditanya adalah basic questions tentang diri saya, skills dan beberapa soalan untuk menguji keupayaan technical . Stage yang terakhir, iaitu yang ke 4, saya diberi sebuah website dan masa lebih kurang 10 minit untuk memberi pandangan terhadap overall layout dan apa yang saya akan ubah untuk facilitate flow of reading pembaca. Masa interview ni rumah saya masih under renovation, so masa saya interview siap dengan pakej background music sampai kena minta interviewer ulang semula soalan hahaha 💣

Jadi, kalau ada yang berminat untuk menceburi bidang penulisan sebagai career utama, ada pelbagai jenis writer yang mula berkembang di pasaran seperti content writer, medical writer, proofreader, freelance writer, social media content writer dan banyak lagi mengikut prospect company tersebut 😀 

Sekian, till next entry!

Comments

Popular posts from this blog

Authentic Thai Cuisine di ParaThai

Sekotak Almond Kurabiyesi dan Seafood Kavala

Kucing-Kucing Comel di Kavala, Thessaloniki