Hobi Menyimpan Fresh Flowers Semasa Belajar di Luar Negara

Assalamualaikum w.b.t.

Saya amat menggemari corak bermotifkan floral especially bunga-bunga kecik yang kebanyakannya ada pada baju kurung cotton. Sedap mata memandang, kan? Tak tahu lah kenapa, tak pernah bosan dengan design macam tu hehe 😉 Walaupun saya gemar corak yang berbunga, saya tak pandai tanam bunga sebab jarang-jaranglah nak menjadi. 

Hari ini, saya ingin bercerita tentang satu kenangan semasa saya melanjutkan pelajaran di Manchester iaitu hobi membeli, membela dan menyimpan fresh flowers. Di bawah ini merupakan bilik yang saya diami di rumah sewa saya dahulu. Bedsheet corak bunga ini diberikan oleh housemate saya semasa saya baru masuk rumah. Saya sangat suka bedsheet ini 💕 

Dalam gambar ini, perasan tak ada bunga-bunga kering yang dilekatkan di dinding tu? 

 

Rutin membeli bunga di convenient stores 

Pada mulanya, saya fikir harga sebouquet fresh flowers di Manchester mestilah mahal kan? Sebab di Malaysia mahal betul. Rupanya, ia tidaklah semahal yang saya sangka. Tetapi depends kepada jenis dan kuantiti bunga juga.

Saya selalu membeli bunga dari kedai-kedai berdekatan rumah sewa saya seperti Tesco, Lidl atau pun Aldi. Lebih kurang 2 pound dah boleh dapat satu jambangan bunga Rose atau Daffodil yang cantik! 😊 Nak extra sikit, boleh lah beli yang mahal dalam 5 pound something akan dapat gabungan jenis-jenis bunga dalam satu bouquet. 

Menjaga fresh flowers ni mudah dan taklah renyah mana. Cumanya, perlu ada pasu yang tinggi, air yang bersih dan letak liquid fertilizer. Kalau rajin, trim-trim sikit daun dan bunganya every now and then sebab daun-daun yang luruh tu akan mencacatkan pandangan. 

Gambar di bawah ni bunga Daffodil before & after. Dulu, saya cuma dapat tengok bunga ini dalam game Farmville. Bila tengok depan-depan, wah gebu dan kuning betul warnanya bila dah mula memekar. Gambar dua terakhir tu pula bila Daffodil sudah layu. Bunga ini mengambil masa yang agak lama untuk kering. Kerap juga saya top up air sebab cepat kering. Dan busuk juga baunya bila dah layu hehe 😅

    


Bunga sebagai inspirasi di meja belajar

Tujuan utama saya membeli fresh flowers adalah untuk mencantikkan meja belajar. Bila ada waktu lapang, saya akan kumpulkan petals yang kering, susun dan lekat di atas kertas putih menggunakan gam air 😍 Sebelum lekat bunga-bunga tu, saya akan make sure bunga-bunga tersebut betul-betul kering. Biasanya saya letakkan sahaja di atas meja for a few days. Lepas dah fully kering, ambil buku atau barang yang berat, kemudian tindih bunga-bunga tersebut to flatten them evenly.


Selepas bunga-bunga ni kering dan flat, saya akan iron sebelum hantar ke kedai untuk laminate. Saya juga menulis sedikit nota seperti jenis bunga, tarikh dan tempat beli di bottom right of the paper sebagai reminder. 

Rose pink yang mewangi

Gambar di bawah ini merupakan kali pertama saya membeli bunga ros pink & I really like it sebab bila petalsnya mula mengembang, saya dapat bauan ros yang sangat wangi! Since bilik sewa saya pun kecil sahaja, so the smell roams freshly.


Sebelum nak letakkan bunga ni dalam pasu, saya akan potong stems bunga tersebut secara serong so that bunga-bunga ni boleh serap air dengan baik. Selang seminggu, saya akan ganti air dalam bunga ni or top up sahaja bila nampak air makin kering. Mudah sebenarnya jaga fresh flower ni. Tapi, saya rasa faktor utama selain penjagaan yang baik ialah cuaca sejuk di Manchester. Kalau hangat lit-lit macam di Kedah ni, puas jugak la nak jaga.

 

Ini pula gabungan 4 warna bunga dalam satu bouquet besar. Harganya mahal sikit, lebih kurang 5-8 pound tapi cantik sangat! Sesuai untuk diberi sebagai hadiah on any special occassion seperti birthday atau graduation.

Nilai penghargaan melalui bunga dan kad ucapan

Saya amati satu kebiasaan masyarakat di sana iaitu nilai appreciation mereka bermula daripada sekecil-kecil perkara - little things orang kata. Kadang-kadang boleh nampak rak kad-kad ucapan diletakkan di sebelah rak roti segar. Kalau di Malaysia, kad-kad ucapan seperti ini biasanya akan berada di section stationery.

Sama seperti bunga juga, ia akan disusun dalam timba-timba hitam dan diletakkan betul-betul depan cashier. Mungkin juga nilai harganya yang affordable menyebabkan sentimental act ini diraikan dan menjadi sebahagian daripada kebiasaan orang-orang sana 😁

Bunga matahari kuning yang cantik menawan

Excited tau masa saya terjumpa bunga matahari or sunflower ni. Petals, tangkai dan daunnya memang besar tapi super sunny and bright bila letak dalam pasu. Ini bunga pertama saya ketika menyewa di hostel universiti. Tak senang tau nak potong stems bunga matahari ni. Tak boleh pakai gunting biasa sebab terlalu tebal 💛


Ini pula bunga kedua yang saya beli semasa menyewa di hostel university. Tapi, saya dah terlupa namanya. It was one of the brightest flowers I had in my room. Warna orennya terang betul cuma terlalu nipis. Bila bunga-bunganya dah fully kering, saya tak dapat nak susun atas kertas sebab dah jadi serpihan kecil. Last resort, boleh simpan kenangan dalam phone sahaja sebelum selamat masuk dalam tong sampah.


Memetik Dandelion putih di Whitworth Park pada musim bunga

Dandelion ni rupanya sejenis weed yang tumbuh di celahan rumput. Ia mengingatkan saya kepada puisi bahasa Inggeris yang saya tulis dan persembahkan di hadapan rakan kelas saya semasa kelas Literature time Asasi dulu. Warnanya putih bersih & fragile. Gambar bunga dandelion ini saya ambil semasa lockdown pada musim bunga tahun 2020 bersama housemate saya di Whitworth Park. First time tengok dandelion depan mata, saya terus petik sebab tak sabar nak tiup.

 

Kenangan bunga di hari tua

Hampir setahun mengumpul bunga-bunga kering ini, saya pun pergi laminate di sebuah kedai buku area university beberapa hari sebelum penerbangan pulang ke Malaysia. Bila dah laminate kesemua bunga-bunga ni, nampak kemas dan cantik betul! Boleh tengok semula sebagai kenangan di hari tua.


Sekian, till next entry!

Comments

Popular posts from this blog

Authentic Thai Cuisine di ParaThai

Short Meet-Up Bersama Rakan Baik di Pak Mat Western

Makan Tengahari with Bestie di Lagenda Cafe House