Short Meet-Up Bersama Rakan Baik di Pak Mat Western

Assalamualaikum w.b.t.

Baru-baru ini, saya ke Pak Mat Western for a short meet up setelah hampir 1 tahun tidak berjumpa dua rakan baik saya. Kami tiba di sana hampir jam 6:30 petang setelah masing-masing pulang dari waktu bekerja. Meski pun bukan kali pertama saya menjejakkan kaki ke restoran terkenal ini, saya sangat teruja kerana ini kali pertama saya pergi bersama dengan dua orang rakan baik saya. 

16 - 22 tahun persahabatan

Seorang rakan saya kini sedang menghabiskan bulan-bulan terakhir housemanship di sebuah hospital di ibu negeri, manakala seorang lagi merupakan penyelidik di sebuah syarikat swasta. Masing-masing sudah berada di tempat sendiri, tetapi saya sangat bersyukur kerana masih ada ruang dan waktu untuk berjumpa, walaupun setahun sekali.

Kami saling berkenalan sejak dari tadika dan sekolah rendah lagi. Hampir 16-22 tahun lamanya persahabatan ini. Terlalu banyak memori untuk dikenang-kenangkan.

Memesan sepinggan Combo Lamb

Kali pertama saya ke sini, saya memesan Chicken Chop. Masa tu tak terfikir pula untuk order signature menu Pak Mat iaitu meatball dan kambing perap. Kali ini, saya dah set siap-siap untuk order Combo Lamb sebab dua-dua items killer ini ada dalam set combo tersebut. Seingat saya harga sepinggan Combo Lamb = RM20.90

Sedap tak? Juicy and worth it.

Saya bukanlah seorang yang cerewet bab makanan, selagi mana boleh diterima tekak, saya okay sahaja. Bagi saya, menu ini sedap dan tak overrated jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan. Kami juga order single lamb chop dan nasi kambing grill. Portionnya besar, makan pula masa masing-masing tengah lapar - memang ngam!

Yogurt best from Mat Coffee

Saya tidak melepaskan peluang untuk mencuba dua stalls terbaharu Pak Mat iaitu Mat Coffee dan Mat Chicken and Burger. Saya order secawan iced chocolate. Harganya sangat murah iaitu RM 6.00 dan rasanya . . . tidaklah sepremium CBTL atau ZUS Coffee, tetapi best juga untuk penggemar chocolate seperti saya. 

Yang lebih menarik di Mat Coffee ini ialah yogurtnya! Harga secawan yogurt bermula daripada RM7.90! Boleh pilih topping dan sauce. Boleh juga add-on topping-topping lain seperti slices buah-buahan atau popping flavoured bubbles.

Pendek kata, seperti secawan Ilao llao yang affordable.

Saya order secawan yogurt + koko crunch + popping mango + kiwi 🥝

Ruang solat yang sangat selesa

Lama juga kami spend time di Pak Mat Western. Sebelum pulang, kami ke ruang solat yang disediakan di tingkat atas bangunan restoran tersebut. Suraunya sangat selesa, luas dan paling penting berhawa dingin! 

Ruang restoran Pak Mat Western memang sangat besar dan orang ramai mula memenuhi ruang menunggu selepas waktu Maghrib. Betul-betul peak hour dan padat. Saya dan rakan-rakan menarik nafas lega sebab tidak perlu menunggu waktu yang terlalu lama.

Sebelum pulang, saya tapau burger dan ayam goreng daripada Mat Chicken dan Burger untuk orang-orang di rumah 😄 Saya sempat rasa sedikit ayam gorengnya, sedap, crunchy cuma sedikit pedas.

Overall, saya sangat seronok dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan saya di sini. Hopefully next time boleh ke sini lagi.

Sekian, till next entry!

Comments

Popular posts from this blog

Authentic Thai Cuisine di ParaThai

Makan Tengahari with Bestie di Lagenda Cafe House