Manchester: Makan-Makan di Curry Mile

Assalamualaikum w.b.t.

Hampir dua tahun sudah berlalu sejak saya pulang dari Manchester pada bulan August 2020. Cepat betul masa berlalu, Masha Allah. Saya ingin mengimbau kembali kenangan-kenangan manis ketika saya belajar di Manchester. Sayang jugak tak tulis blog masa study dulu, sebab nak throwback every moment secara detail tu dah tak 'feel' la pulak 😅 Entri kali ini saya akan menulis tentang Curry Mile yang terletak di Rusholme/Wilmslow Road. Gambar ini saya ambil semasa lockdown, memang sunyi sepi. Kebiasaannya memang full packed especially pada waktu malam.


  

Curry Mile merupakan satu jalan yang agak sibuk lagi-lagi during peak hours sebab ada banyak restoran halal di situ. Kebanyakannya menyajikan makanan dari Timur Tengah, Sub-continent dan Mediterranean seperti Pakistan, Turki, India, Afghanistan dan Arab. Kalau tengok kepada faktor demographic, the name says it all kan? Memandangkan Curry Mile ni boleh dikatakan so close to University of Manchester di Oxford Road, it becomes a spot for people from all walks of life. Yet, you will see the dominance of Desi cultures di Curry Mile, contohnya, pada weekend night. If you slow down your pace, rasa macam sepanjang jalan tu is a fashion runaway.

Selain daripada restoran-restoran yang menarik, Curry Mile juga menempatkan butik-butik fesyen, laundry, barber shops, halal groceries store seperti Worldwide. Di sinilah tempat saya membeli stok bahan mentah seperti ayam dan sayur-sayuran pada hujung minggu 😀

Karak Chaai dan persembangan dua hala

Kali pertama saya singgah menikmati teh berempah di Karak Chaai, saya langsung tidak meminatinya. Rasa rempah kuat yang dicampur bersama teh susu panas? Strange combination! Betul lah kata orang, kalau tak kenal maka tak cinta. Dah jatuh cinta eh buta lah pulak ahaha 🙈

Sejak dari kali pertama mencuba, Karak Chaai menjadi central point untuk saya dan rakan-rakan singgah selepas pulang dari city centre untuk berbual-bual. Saya juga gemar ke sini untuk makan samosanya, berminyak la jugak tapi sedap. Masa saya pulang ke Malaysia, saya cuba buat chaai sendiri di rumah tapi tak kick at all macam di Karak Chaai. 

Komponen utama nak ensure kesedapan Karak Chaai ni pun penting dari segi pemilihan teh dan susu. Kalau pakai teh lipton tak jadi lah. They mostly use black tea of good quality untuk memenuhi definisi 'Karak' itu sendiri. 

Karak tu apa? Defined as: Karak roughly translates to 'strong' and Chai means 'tea'. Karak chai is thick, flavourful and caramel coloured – much stronger than the regular cup of tea.



Moonlight si pemanis mulut

Setiap kali saya teringin untuk makan ice-cream atau waffle yang fancy, di sinilah tempat yang saya selalu pergi. Saya suka flavour fruity seperti berries. Seingat-ingat saya, saiz wafflenya juga besar dan sesuai untuk dikongsi bersama 2/3 orang. Other than ice-cream and waffle, saya juga amat meminati minuman manis yang dikenali sebagai Falooda. 

Apa itu Falooda? Falooda ni merupakan a cold dessert made with noodles. It has origins in the Persian dish faloodeh, variants of which are found across West, Central, and South Asia. Traditionally it is made by mixing rose syrup, vermicelli, and sweet basil seeds with milk, often served with ice creamSeperti meminum chaai buat kali pertama, saya juga tidak menggemari Falooda sebab manih melecaih, lagi-lagi bila dah sampai hujung gelas. Very flavourful dan ada bihun-bihun halus. Tapi bila lama-lama terbiasa minum, sedap pulak.

 

Sarapan pagi di Tim Hortons

Tim Hortons ni originated from Canada. Icon dia pun daun maple macam dekat bendera Canada and best believe, it is a proud symbol of the country. Tim Hortons ni memang dekat betul dengan rumah saya. Biasanya, saya akan membeli French Vanilla/Hot Chocolate. Tak tahulah nak describe French Vanilla ni rasa dia macamana? Yang pasti tooo sweet kalau dah sejuk. Saya jarang membeli pastries di sini. Kalau rajin, saya akan jawab survey di receipt bila beli air untuk redeem donut free haha 😆

   


Makan Nasi Arab sedap di Al-Jazeera dan At-Taiba

Ketika saya menulis perenggan ini, saya betul-betul terliur memikirkan Nasi Arab yang panas-panas tersaji bersama ayam lembut dalam talam. Kedua-dua restoran ni terlalu famous di Curry Mile. Paling best makan di sini ialah setiap order akan dapat seteko air teh pudina panas percuma. Disebabkan portion yang besar, setiap kali makan di sini mesti pack bawak balik rumah. 

Saya masih boleh membayangkan kali pertama saya makan Nasi Arab di Al-Jazeera setelah seminggu tidak makan nasi sebab baru sampai di Manchester. Sedapnya bukan kepalang, rasa nak menangis sebab masa dekat Malaysia asyik take nasi for granted hehe! Bila kawan saya datang melawat Manchester, saya pasti akan membawa kawan saya melepaskan rindu kepada makanan Arab di sini. Selain Al-Jazeera & At-Taiba, ada banyak lagi kedai makanan macamni. Saya pernah cuba Lamb Shank di Ziya. Sedap tapi portion banyak sangat so memang bungkus balik rumah 😁

 

Dixy ayam goreng murah dan crispy

Dixy ni lebih kurang macam KFC tau. Saya selalu order ayam goreng di Dixy untuk makan bersama nasi putih kalau rasa malas masak hehe. Semasa saya menyewa di hostel universiti, Dixy is my go to place sebab dekat dan cepat. Not only that, setiap kali ada makan-makan atau event bersama rakan-rakan, confirm jumpa kotak-kotak ayam Dixy ni! Masa lockdown dulu, saya selalu order Dixy through Ubereats sebab ada offer best-best. Nak tunjuk gambar Dixy tapi takda pulak gambar dalam phone.

 

Curry Mile pada hemat saya merupakan persimpangan budaya dan bangsa yang pelbagai. Sesuai dengan kesibukannya, setiap orang dinasihati untuk sentiasa berhati-hati sebab ada banyak pickpockets di kawasan tersebut. Nonetheless, saya sangat bersyukur kerana rumah sewa dan hostel universiti terletak berhampiran Curry Mile yang memudahkan saya untuk mencari sumber makanan halal. 

Sekian, till next adventure!

Comments

Popular posts from this blog

Authentic Thai Cuisine di ParaThai

Short Meet-Up Bersama Rakan Baik di Pak Mat Western

Makan Tengahari with Bestie di Lagenda Cafe House