Restoran Antik Kutip Kutip ABC

Assalamualaikum w.b.t.

Kutip Kutip ABC ni cukup famous di Kulim tau. Saya surely can tell if dah lama reside di Kulim, mesti pernah lalu di hadapan restoran ini yang terletak berhadapan SK dan SMK St. Anne's Convent Kulim. Sesuai dengan menu yang dihidangkan iaitu Western food, Kutip Kutip ABC beroperasi pada waktu petang sehingga lewat malam. Kalau nak datang, kena datang awal sikit sebab ramai orang tau.

Abah saya was once a collector. Memang suka simpan barang-barang antik seperti jam dinding berkunci yang tak pakai battery tu. Setiap jam akan diselangi dengan ayunan pendulum kuat mengikut waktu. Kalau pukul 10, sepuluh kalilah pendulum tu berbunyi. Jadi, bila datang Kutip Kutip ABC ni, it was an exciting sight for him! 😃

Biasanya, saya dan keluarga selalu dinner di sini kalau tetiba teringin nak tukar selera. Kekadang saya datang untuk jumpa kawan-kawan di sini sebab movement restoran ni bukanlah jenis fast pace. Therefore, sesuai kalau nak bersembang-sembang dalam jangka waktu yang lama. So, baru-baru ini, saya telah membawa sepupu saya makan malam di Kutip Kutip ABC sebab masing-masing teringin nak makan Chicken Chop.

Kalau tengok pada gambar yang saya kepilkan, restoran ini dipenuhi pelbagai barang-barang antik sampai kita pun ralit nak tengok. Paperbags lama-lama, kipas pusing biru, botol-botol kaca berlogo lama tersusun rapi di dinding menghiasi dekorasi restoran ini.


Sesuailah dengan namanya A B C - Antique, Bundle, Cafe

Personally, saya sangat suka masakan Western di sini. Jaranglah saya tengok Kutip Kutip ABC ni tak ramai orang! Kalau terlewat sedikit, memang penuh sampai ke ruang meja luar. 

Kunjungan kali ini, saya telah memesan Fish n Chips manakala sepupu saya memilih Chicken Chop dan adik perempuan saya pula inginkan Maggi Meatball. Saya memilih Fish n Chip sebab saya masih belum biasa makan makanan liat dan keras setelah memasang pendakap gigi. Air pula, saya memesan Teh O Ais, Honey Lemon dan Nescafe Ais.

          

Bagi saya, harga di sini agak reasonable, sesuai dengan portion yang banyak. Kuah blackpepper yang dihidangkan bersama Chicken Chop sangatlah sedap bagi saya. Tak cair dan not too peppery, just easy. Portion ayam juga sangat besar! Pendek kata, datang sini memang saling berkongsi makanan hehe! Maggi Meatball pula disajikan dalam mangkuk claypot dan ia merupakan one of the bestselling menus here. 

Sambil makan sambil tengok motorsikal pink ini tergantung di atas siling, unik okay!

Pada pengamatan saya, setiap sudut restoran ni memang instagram worthy. Pusinglah angle mana pun, latar belakang gambar memang menarik dengan items antik yang merupakan hobi pemilik kedai ini. Di sini juga ada ruangan khas untuk celebrate birthday, inclusive pakej seperti belon dan hiasan meja. Kalau nak sambut birthday, anniversaries or any occasion, sangatlah convenient and mudah 💛

Last but not least, bagi saya, konsep dan kualiti makanan di sini deserve a brownie point for both. Bukan sahaja cantik, tapi makanan pun sedap!

Sekian, till next entry!

Comments

Popular posts from this blog

Authentic Thai Cuisine di ParaThai

Short Meet-Up Bersama Rakan Baik di Pak Mat Western

Makan Tengahari with Bestie di Lagenda Cafe House