Matcha Strawberry?

Assalamualaikum w.b.t.

Matcha is a big no (initially!). 

Saya bukan penggemar Matcha dan saya masih belum boleh mencakna kenapa ia menjadi satu fenomena? Bagi saya, ia merupakan satu taste yang terlalu janggal di lidah, please no offense, ada sedikitlah seperti rumput atau Appeton berperisa ikan cod.

Mungkin ini lah perasaan aneh rakan-rakan saya ketika saya memesan teh o ais tanpa gula ketika keluar makan tengah hari atau membeli chocolate bar pahit dengan peratus kepahitan 95% ke atas.

Saya masih ingat ketika saya menaiki tren semasa Euro trip 5 tahun lepas bersama rakan-rakan saya. Salah seorang daripada mereka meminta saya untuk memberikan secebis bar chocolate Lindt. Saya membelinya di sebuah local convenient store dan sebagai penggemar coklat hitam, saya sangat suka akan complex tasting campuran masam-pahit cocoa.

"Coklat ape ni?" kata beliau sambil mengeluarkan semula coklat yang sudah dimamah.

Sama juga ketika saya mencuba Matcha Latte rakan saya. Hanya mampu sekali teguk bukan kerana tidak suka, tapi mungkin saya masih belum boleh merasikan diri dengan rasa Matcha ini. 

Sehinggalah saya mencuba Matcha Strawberry Latte dari Zus Coffee setelah pulang dari training bowling beberapa minggu yang lalu. Kebetulan rakan baik saya ada menghadiahkan Zus giftcard sempena hari jadi saya yang ke *rahsia!* dan beliau merupakan peminat tegar Matcha.

Saya agak takut untuk mencuba Matcha Latte yang pure. Takut terlalu "Matcha" dan membazir jika tidak habis diminum. Jadi saya kira, mungkin dengan sedikit perisa strawberry, ia tidaklah terlalu extreme untuk newbie seperti saya. 

Saya juga masih mahukan cabaran. Memandangakan rakan saya ini sangat menggemari Matcha, saya memesan secawan Matcha Strawberry Latte. To my surprise, it was not that bad, approved yet craved.

Buktinya, beberapa hari lalu, ketika pulang dari work trip di ibu kota, saya sempat singgah di Zus Coffee boarding gate KLIA dan memesan secawan Matcha Strawberry Latte lagi hehe.



Alhamdulillah ❤️

Comments

Popular posts from this blog

Authentic Thai Cuisine di ParaThai

Short Meet-Up Bersama Rakan Baik di Pak Mat Western

Makan Tengahari with Bestie di Lagenda Cafe House