Masala Tea Shangri La Rasa Sayang, Pulau Pinang

Assalamualaikum w.b.t.

Jam sudah hampir 12 pagi dan saya terpanggil untuk menulis tentang secawan air teh masala atau "masala tea" yang saya kenang-kenangkan.

Bulan September yang lalu, saya dan rakan baik saya, Aireen, telah menghabiskan masa hujung minggu untuk staycation di Shangri La Rasa Sayang, Pulau Pinang, selama 3 hari 2 malam.

Ini merupakan kali pertama saya menginap di sini dan Aireenlah yang banyak membantu urusan booking hotel. Plan asal kami berdua memang untuk berehat melihat pantai.

Namun, tujuan utama staycation ini adalah untuk rekindle the friendship setelah sekian lama tak berjumpa. Masing-masing juga terlalu sibuk dengan kerjaya, komitmen dan kehidupan masing-masing. Seorang di ibu kota dan seorang lagi jauh nun di utara. Alhamdulillah, dapat juga spend time together.

Di entri ini saya ingin menulis tentang air kegemaran saya, air teh. Meski pun saya sentiasa cuba untuk mengurangkan pengambilan gula dengan memesan secawan teh ais kosong, tetapi ada kalanya saya tidak dapat menepis godaan halus air manis dan bersusu seperti teh ais. Lagi-lagi kalau mamak yang tarik, memang surrr.

Di bandar yang saya diami, keluarga saya amat menggemari teh yang dibuat oleh seorang mamak ni. Namanya Hussin. Tak ingat asal dari mana tapi sudah menjadi rutin dan "known to be" yang tiada orang lain yang akan prepare signature "Teh Tarik Ais Kaw" selain Hussin. Sampaikan dia tukar restoran pun kami ikut dan cari. Fuh!

Sepanjang 2 hari bersarapan di Shangri La, saya mestilah tidak melepaskan peluang untuk merasa masala tea outdoor stall di ruangan kafe hotel ini. Menikmati secawan teh merupakan kebiasaan saya setiap kali menghadiri majlis atau menginap di mana-mana hotel. Semasa saya work trip ke Bangalore, India, boleh kata hari-hari minum air masala tea haha!

Dari jauh lagi, outdoor stall teh ini sudah ada line up queue pengunjung hotel yang turut sama ingin mencuba teh panas-panas pada waktu pagi. 

Sedap, frothy dan manisnya - just nice!

Ada banyak jenis teh yang boleh dipilih dan saya opted for Masala Tea dan Teh Tarik. Dalam Masala Tea saya, Uncle tu letakkan beberapa biji buah pelaga ke dalam cawan. Yang menariknya, rasa "raw" dan kelat itulah yang menarik minat saya. 

Tambah pula rasa "mint" pelaga, hmm bercawan-cawan jugaklah!

Comments

Popular posts from this blog

Authentic Thai Cuisine di ParaThai

Short Meet-Up Bersama Rakan Baik di Pak Mat Western

Makan Tengahari with Bestie di Lagenda Cafe House