Pengalaman Viva-Voce Ph.D.

Assalamualaikum w.b.t.

Pejam celik pejam celik, dah selesai 4 tahun pengajian Ph.D. saya. 

Hilang rasa penat jerih selepas panel umumkan bahawa saya "pass" viva-voce. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. 

Pagi itu, saya dan ayah saya duduk di luar rumah. Memang sudah disediakan sebuah meja 6-seater dan kerusi-kerusi kayu. Tempat yang tidak asing lagi, di situlah tempat kami berdua belajar, makan malam dan menerima tetamu. Ayah saya juga menyambung Ph.D. Kami sama-sama mendaftar pada waktu yang sama, bersama supervisor yang sama, di universiti dan course yang sama, cuma tajuk kajian sahaja berbeza!


Ayah saya kebetulan pula sudah selesai viva-nya seminggu sebelum saya pada bulan Mei 2025. Pressure tau! 

Pagi tu, saya menyemak lembaran-lembaran thesis yang sudah ditulis. Seperti tak percaya! Hampir 300+ muka surat selama 4 tahun, hari inilah penentuannya.

Sidang viva saya berlangsung pada jam 2:00 p.m. sehingga 5:00 p.m. Ya, 3 jam!

Saya cuba untuk berfikir kemungkinan-kemungkinan soalan yang akan ditanya sebab di saat-saat akhir ini, memang tak boleh nak fikir sangat haha. Tambah pulak dengan perasaan nervousnya? Fuh...tak boleh bawak bincang.

Sambil-sambil buat tandaan dan cuba menjawab soalan-soalan "spot" jam menunjukkan jam 11 pagi. 3 jam lagi sebelum viva bermula. Ayah saya meminta saya bersiap untuk ke universiti yang mengambil masa hampir 40 minit dari rumah dengan menaiki kereta.

Perjalanan itu terasa sungguh singkat...tahu-tahu dah sampai.

Sesampainya di kampus, saya menunaikan solat Zohor di surau universiti dan berjalan ke bilik mesyuarat yang dikhaskan untuk sesi viva tersebut. Dua panel akan menilai sesi viva saya. Panel-panel tersebut mengambil masa 12 minggu untuk meneliti dan menyemak thesis saya.

Turut hadir sama, main supervisor, co-supervisor, ayah saya dan beberapa orang pensyarah, minute-taker, chairman dan sekretariat untuk assist sesi tersebut agar berjalan lancar.

Saya? Siap bersama kot hitam, terus on laptop dan link yang diberikan. 

Sambil-sambil berdoa dan berselawat, saya diinvite masuk ke dalam meeting viva tersebut. Fuh!

Setelah hampir 1 jam berhempas pulas menjawab, membentang dan memberikan justifikasi serta hujahan tentang kajian saya, saya diminta untuk keluar sebentar dan kembali ke room tersebut selepas 10 minit.

"...pass..."

Alhamdulillah! Gembira bukan kepalang, terasa ringan kepala dan hilang segala penat dan kerisauan.

Soalan pertama saya kepada ayah yang turut bersama dalam bilik itu: "Dah Dr ke?"

Ketawa besar ayah saya.

Perjalanan ini ternyata bukan sekadar title, tetapi proses yang sangat-sangat bernilai 💕

Comments

Popular posts from this blog

Authentic Thai Cuisine di ParaThai

Short Meet-Up Bersama Rakan Baik di Pak Mat Western

Makan Tengahari with Bestie di Lagenda Cafe House