Menaiki Cruise di Selat Bosphorus
Assalamualaikum w.b.t.
"Istanbul, Aku Datang!"
Ingat tak filem terkenal yang dibintangi oleh Lisa Surihani ni? Cantik kan negara Turkiye? Terbayang mekarnya tulip dan kemegahan Hagia Sophia dan Masjid Biru yang menjadi lambang keteguhan Empayar Uthmaniah.
Alhamdulillah, menjadi satu impian besar buat saya untuk menjejakkan kaki ke Turkiye. Penangan tengok cerita Ertugrul betul-betul menyebabkan saya memasang angan-angan untuk ke negara ini. Iya lah, hampir 500+ episode kot, saya ikuti semasa zaman PKP dulu!
Akhirnya diizinkan, sampai juga saya ke negara ini. Tak pernah sangka yang saya akan menaiki cruise merentas Selat Bosphorus yang memisahkan benua Asia dan Eropah ni.
Memandangkan ini kali pertama saya ke Turkiye, saya tak melepaskan peluang untuk merasai pengalaman naik Bosphorus. Anginnya tak sepoi-sepoi eh memang badai sejuk betul! Sambil-sambil naik cruise, ada seagulls putih yang terbang menangkap ikan di lautan.
Kami juga bawak kepingan roti, sambil wave tangan untuk menarik perhatian seagulls ke arah bot. Meskipun hujan turun renyai-renyai, ditambah pula cuaca sejuk, tetap tak menghalang kami untuk bergambar sakan di atas cruise.
Terlalu cantik pemandangan di sini, Subhanallah.
Terdapat bangunan-bangunan yang memenuhi lereng bukit, seagulls yang terbang mengikuti bot, jambatan yang menghubungkan dua sisi Istanbul dan air Bosphorus yang seolah-olah tidak pernah berhenti bergerak.
Biru pekat airnya!
Harga untuk menaiki cruise ini ialah 30 Euros untuk satu jam pelayaran. Hampir RM150 juga jika diconvert ke Ringgit. Untuk saya, ia merupakan pengalaman yang tak mungkin dilupakan. Paling best, satu bot tu trip kami sahaja. Memang betul-betul happening.
Akhir kata;
Bosphorus mengajar saya bahawa sesuatu yang memisahkan tidak semestinya menjauhkan. Selat ini memisahkan dua benua, tetapi pada masa yang sama menjadi laluan yang menghubungkan manusia, budaya dan sejarah selama berabad-abad.
In sha Allah, jumpa lagi, Bosphorus!


Comments
Post a Comment