Bermain Snow Pada Pukul 4 Pagi di North Macedonia

Assalamualaikum w.b.t.

Honestly, masih belum move on dengan trip Balkan awal tahun lalu. Setiap kali tengok gallery, memang membuak-buak rasa nak book another long trip tapi of course, kerja hakiki masih ada, annual leave pun dah tinggal nyawa-nyawa ikan untuk survive lagi satu quarter haha belum tengok lagi balance bank account.

Ada satu kenangan yang saya nak kongsikan. Betul-betul membekas di hati iaitu memory bermain snow di North Macedonia. 

Sepanjang di Balkan ni, dah nama pun winter trip kan, saya memang teringin sangat nak tengok snow selain merasai cuaca yang terlalu sejuk. Tapi tak turun pulak snownya. 

In fact, masa saya study di UK dulu, hmm, jarang-jarang nak dapat snow yang lebat. Sampailah saya dan kawan-kawan travel ke Chamonix, France pada musim sejuk. Tebal salji tu sampai boleh buat snowman lah. Tenggelam winter boot.


Comel tak snow man yang kami build?

Setibanya kami di North Macedonia. Masing-masing dah tengok forecast. Katanya snow akan turun pada awal pagi. By awal pagi is AWAL pagi Saya dan Kak Marinah, my roommate, sempat turun ke convinience store yang terletak di sebelah hotel sebelum doze off.

Kononnya nak ambil vibe local. Bukan senang tau nak dapat ke sini lagi, apatah lagi nak jejak masuk local store. 

Walaupun pergi landmarks tu a must tapi opportunity untuk experience the locals and trying to blend in tu experience yang sangat mahal untuk saya vs being at the touristy crowded areas and left with good photos. Maybe saya tak photogenic sangat, so ada a few good photos is sufficient.

Therefore, understanding society is my pro, and it feels very fulfilling, especially if you have a travel buddy that is as adventurous. Shoutout to Kak Marinah!

Saya beli sweets sebagai ole-ole, jalan-jalan across the shop dan terus pulang ke hotel untuk tidur. Tak ingat macamana kami berdua terjaga daripada tidur. Kalau tengok details di iPhone semasa gambar-gambar dishot, 4:49 a.m. local time to be exact. 

Buka je mata, terus tengok window. Dah nampak sikit-sikit snow turun. Masha Allah. Saya dengan tak sempat nak grab winter bootnya sebab excited sangat, terus tibai sarung kasut sports. 

Of course, kena bundle up in winter jacket sebab suhunya yang terlalu rendah. Ground semalam yang kosong bersih dah memutih dengan salji. Kasut sports saya yang tak waterproof pun dah lencun!

Kereta-kereta yang park depan shop sebelah hotel kami pun penuh dengan salji. Sampaikan ada juga locals yang masih driving, slow down kan kereta diorang sebab tengok kami berdua excited bermain salji. 

Hehe ingat nak cuba buat snowman tapi saljinya tak tebal sangat. Alhamdulillah, untuk kenangan yang sangat indah ini. Hopefully dapat rasa snow lagi next time!

Till next places!

Comments

Popular posts from this blog

Authentic Thai Cuisine di ParaThai

Sekotak Almond Kurabiyesi dan Seafood Kavala

Kucing-Kucing Comel di Kavala, Thessaloniki