Breakfast di Warung Mat Noi Roti Bakar dan Melawat Galeri Rundingan Baling
Assalamualaikum w.b.t.
Pagi Sabtu yang sangat indah, Alhamdulillah. Kali ini saya sempat pulang ke kampung halaman sebelah bapa di Baling, Kedah.
Kalau dah sampai Baling, mestilah kena cari makan dulu hehe. 😆
Pitstop pertama kami ialah Warung Mat Noi Roti Bakar, memang antara tempat kegemaran sekeluarga. Selalunya kedai ni penuh betul dengan orang, tapi pagi ni surprisingly agak tenang which is quite a rare sight.
Roti bakaq dulu noh ☕🍞
Kalau datang sini, jangan expect menu sarapan yang panjang berjela seperti kuih-muih, nasi lemak, roti canai tau.
Sebab specialty Warung Mat Noi ni memang roti bakarnya.
Nak order pun senang sebab menu dibahagikan kepada beberapa set dengan pilihan sides seperti kacang pool, baked beans, scrambled eggs dan macam-macam lagi.
Simple, tapi sedap.
Yang saya paling suka sebenarnya suasana kedai ni. Kawasannya besar dan dikelilingi pokok-pokok. Lepastu ada beberapa binaan menarik di sekelilingnya.
Pagi tu pula dapat makan sambil tengok Gunung Pulai yang masih diselaputi kabus. Sejuk!
Warung Mat Noi ni juga nampaknya popular dalam kalangan riders. Dekat kawasan cashier ni saya nampak ada satu ruangan yang penuh dengan sticker daripada kelab dan kumpulan yang pernah singgah.
Macam wall of fame version "X was here."
Lepas settle breakfast, kami singgah ke Galeri Rundingan Baling, yang terletak betul-betul di tepi Sekolah Kebangsaan Tunku Putera.
Menurut adik saya, bangunan galeri ini dahulunya merupakan perpustakaan sekolah.
Jujurnya, saya tak expect banyak lah sebelum masuk. Ingatkan tengok-tengok jap pastu ambil gambar, kemudian keluar.
Rupanya menarik juga.
Galeri ini tak besar pun. Lebih kurang macam sebuah muzium mini, tetapi di dalamnya terdapat replika, gambar, dokumen dan informasi berkaitan Peristiwa Rundingan Baling.
Kalau pernah belajar Sejarah di sekolah, mungkin nama Rundingan Baling 1955 ni pernah lalu dalam buku teks kita.
Rundingan ini berlangsung pada 28 dan 29 Disember 1955 di Baling, ketika Tanah Melayu masih berdepan dengan darurat. Ia mempertemukan wakil kerajaan yang diketuai Tunku Abdul Rahman dengan wakil Parti Komunis Malaya yang diketuai Chin Peng.
Tujuannya adalah untuk mencari jalan bagi menamatkan konflik bersenjata. Namun, kedua-dua pihak tak mencapai persetujuan, terutamanya mengenai syarat penyerahan dan kedudukan anggota Parti Komunis Malaya.
Rundingan itu akhirnya berakhir tanpa penyelesaian.
Tapi bila dah di Baling ni dan dapay baca semula kisahnya, sejarah itu terasa sedikit berbeza sebab benda yang kita pernah baca sepintas lalu dalam buku teks sekolah, rupa-rupanya jadi di sini.
Tiada bayaran masuk ketika kami berkunjung. Walaupun galerinya berskala kecil, banyak yang boleh dipelajari.
Not bad for a Saturday morning!
So, we olls datang dengan perut kosong. Balik dengan kekenyangan plus otak pun berisi lah sikit. 😂
Till next Saturday!
Comments
Post a Comment