Hongdian M2 Fountain Pen Pertama Saya

Assalamualaikum w.b.t.

Ayah saya merupakan penggemar fountain pens. Bagi saya fountain pen sangat susah untuk digunakan ketika menulis kerana kehalusan nib nya. Tapi itu dulu lah yang saya fikir macamtu. 

Semasa trip saya ke Korea awal tahun lalu, saya singgah di sebuah kedai buku bersebelahan Paper Tailor dan membeli dua batang fountain pen berjenama Hongdian M2. Satu untuk ayah dan satu untuk saya. Saya beli dua warna. Satu berwarna grey matte dan satu lagi berwarna hitam

Pada ketika itu, itulah nilaian harga jenis fountain pens yang saya mampu beli sebab mahal betul ya pen ni. Apatah lagi, jenis-jenis famous seperti Lamy dan Parker. 

Menariknya, fountain pen Hongdian M2 ini, saiznya sangat comel dan compact. Sesuai jika saya attachkan kepada passport sized travel journal saya. 

Saya kan tak pandai sangat bab fountain pen ini, jadi saya perlu dapatkan bantuan ayah untuk operate for the first usage. 

Unik sangat. Nib saya jenis EF, atau known as extra fine, di mana matanya sangat halus. Dalam kotak pen ini diberi satu cartridge black ink dan satu lagi jenis yang boleh pump.


Saya juga membeli beli sebotol ink. Lebih kurang KRW 7, 500. Tapi, on the way pulang ke tanah air, mungkin botol ink ini jatuh atau tak locate properly dalam checked lugagge saya, so inknya dah leak sikit. 

Nasib baik tak kena luggage saya yang diperbuat daripada material fabric.

Semasa saya membeli fountain pen ini, I was guided by the seller. Saya sempat mencuba beberapa jenis pen sebelum decide untuk membeli jenama ini. 

Lain harga, lain smoothnessnya ya.

Patutlah orang yang tulisannya berangkai seperti zaman-zaman dahulu tu, boleh tulis dengan cantik. Sebabnya mereka ada skill menggunakan fountain pen yang baik. 

Setelah selesai memilih dan membayar, saya meminta pekerja kedai ini untuk meninggalkan sedikit pesanan dalam travel journal saya sebagai kenangan.


Till next time! 

Comments

Popular posts from this blog

Authentic Thai Cuisine di ParaThai

Sekotak Almond Kurabiyesi dan Seafood Kavala

Kucing-Kucing Comel di Kavala, Thessaloniki