Halal Korean Dinner di Cherry Garden, Seoul

Assalamualaikum w.b.t.

Antara perkara yang agak sukar untuk saya setiap kali work trip ialah mencari makanan halal especially jika ke negara non-Muslim majority. Of course akan ada sedikit limitation untuk mencari makanan halal. 

Alhamdulillah, tidak lah sesukar mana di South Korea sebab the place itself is already touristy and Muslim-friendly in certain areas, so depending on where my hotel is located, saya hanya perlu plan for commuting. 

Beberapa hari di Seoul untuk tujuan bekerja, saya banyak menghabiskan masa after work ke Myeondong. Tempatnya sangat concentrated with Malaysian dan Muslims tourists. 

Disebabkan itu, pilihan makanan halal pun banyak. 

Saya bukanlah penggemar K-drama or K-poppers. Saya pun tak tahu nama-nama boyband yang ada. Saya agak out of place bila tengok banyak merchandise dengan caricatures atau icons yang saya kira gambar-gambar famous artists di sana.

Apatah lagi bab makan. Untuk saya, asalkan kenyang pun dah okay. Maybe kalau anda merupakan peminat Korea tegar, I am sure you will enjoy the Korean food sebab dapat rasa masakan local yang belum lagi disebatikan dengan ingredients nusantara.

Saya ditempatkan di Gangnam. Lebih kurang satu jam untuk ke Myeondong. Lepas waktu kerja, saya order K.ride (seperti Grab / Uber) untuk hantar saya ke Cherry Garden. Thankfully boleh pakai TikTok di sini. Semasa saya ke India, TikTok was banned for safety. Search engine saya meletakkan restoran Cherry Garden among the top lists for halal food.

Cherry Garden ni memang famous sebab tengoklah banyak betul flags dan tourists yang datang. Ada juga beberapa orang pelancong Malaysia yang datang makan di sini. Terus rasa lega knowing that I am at the right place.

Saya tak tahu nak order apa? Auntie yang runs the place was so kind to suggest me their best sellers. I ordered just anything nice and it was one of the best Koreans food I have tasted! Sedap sangat.

 
Saya rasa it was bulgogi kemudian ada rice (dalam small bowl) dan secawan air citrus honey lemon panas. Saya masih teringat-ingat rasa sliced beef-nya. Sedap betul. Tak sama macam makan di restoran Korea di Malaysia.

Kebetulan masa tu musim peak winter. Memang best sangat dapat menjamah makanan yang warmly termed as "comfort food" dengan suhu yang terlalu sejuk di luar. Bagi saya, makanan orang Korea ini sihat la jugak sebab cara masakannya yang tak terlalu berminyak dan banyak menggunakan real, raw ingredients.



Pemandangan yang berkabus sejuk dari dalam restoran

Auntie restoran ini pun dapat berbahasa Inggeris dengan baik. Memang senang nak converse. Sambil-sambil saya makan, saya minta auntie owner ni untuk menulis sedikit kata-kata dalam travel journal saya sebagai kenangan.


Sebelum pulang, saya memesan lagi secawan air citrus honey lemon panas sebagai habuan minum dalam kereta (K.ride) untuk pulang ke hotel. Tetapi auntie yang baik hati tu bagi saya extra double than the normal size hehe.


Antara cons travel waktu winter ni ialah waktu siang yang pendek. Walaupun malam masih awal tapi dah terasa seperti midnight dan mata pun cepat mengantuk. Blame on the weather but not my age haha.

In sha Allah, jika dapat datang lagi ke Korea, memang akan ke Cherry Garden lagi!

Till next entry!

Comments

Popular posts from this blog

Authentic Thai Cuisine di ParaThai

Sekotak Almond Kurabiyesi dan Seafood Kavala

Kucing-Kucing Comel di Kavala, Thessaloniki