Post Work Malatang di Bowl & Bean

Assalamualaikum w.b.t.

Lately, famous betul Malatang ni kan? I don't know the history but I know I sometimes can be a little #FOMO so I must try. Beberapa minggu lepas, saya dan kawan baik saya, Aida pun try bermalatang di Bowl & Bean Kulim.

Soalan paling susah weolls setiap kali keluar memanglah "nak makan mana?" tapi disebabkan Bowl & Bean ni port yang dipostponed, jadi we did not really take long to decide where to go. After work, saya terus singgah Bowl & Bean dan Aida pun sampai a few minutes after with her beautiful daughters. 

Kita boleh pilih raw food di sini. Ambil bucket yang besar betul eh pastu boleh lah isi apa saja yang nak makan. Ada banyak choices from vegetables to seafood, protein, maggi or noodles.


Pastu dia timbang dan ada tiga jenis kuah - Sukiyana, Tomyam Creamy dan Mala. Saya pilih Mala sebab Aida cakap sedap. BUT, memang sedap weh (boleh minta kurang pedas) pastu campur pulak sos sukiyana . . . fuh memang surrr berlemak.

Actually, conceptnya sama macam steamboat cuma malatang ni terus serve dalam bowl. Tak sure di tempat lain macamana. Kalau steamboat, if kita nak leisure leisure and kalau indecisive boleh la nak try and error sebab ada plenty of time to spend. Basically, malatang ni ko tak sempat pun nak strategize macam makan dekat Seoul Garden hewhew.

Besar ye mangkuk dia. Rasa macam tak habis eh padahal licin elok. Memang ngam la balik kerja rasa lapar pastu dapat pulak makanan berasap macamni memang layan.

Beginilah adult friendship. Kalau ada time nak jumpa tu memang kena jumpa terus. Kalau tak, memang tak tahu lah bila boleh dapat next appointment. Alhamdulillah, 16 years dah saya berkawan dengan Aida.


FYI, semasa saya menulis post ni, saya dah pun ke Bowl & Bean buat kali kedua. Bawak adik pulak. Kali ni saya try kuah tomyam creamy. Best jugak tapi saya lebih prefer kuah Mala. 

Masa dinner dengan Aida, we were seated at the front part of the cafe sebab mejanya lebih besar. Disebabkan kami berdua je kali ni, we were seated at the back.


Cantik betul interior kafe ni. Will I come back? Yes in a heartbeat.

Comments

Popular posts from this blog

Authentic Thai Cuisine di ParaThai

Sekotak Almond Kurabiyesi dan Seafood Kavala

Kucing-Kucing Comel di Kavala, Thessaloniki