Menyambut Hari Lahir Ummi dan Abah di Cafe Chef Wan
Assalamualaikum w.b.t.
Last Friday, saya dan keluarga menyambut hari lahir kedua-dua ibu dan ayah yang kami, adik-beradik, panggil "Ummi" dan "Abah." Kebetulan tarikh lahir Ummi dan Abah selang enam hari saja. Annually, kami akan menyambut hari lahir mereka bersama-sama.
Tahun ini, we went to Cafe Chef Wan di Setia Alam City Mall memandangkan kami semua akan ke sana untuk menghantar adik bongsu saya akan menyambung semester degree yang baru.
Tambahan pula, AirBnB yang kami book ni memang betul berdekatan dengan SCM. 4 minutes drive sahaja dah sampai. Walaupun kami bawa kereta dari Kedah, tetaplah nak ambil grab dari AirBnB to mall sebab masing-masing dah penat dan tak nak menghabiskan masa untuk cari parking.
Ini kali pertama kami ke Cafe Chef Wan. Saya dan adik beradik sepakat memilih cafe ini. Buat reservation yang hanya perlukan nama, number pax dan time arrival.
Best juga menu-menunya.
Saya order Nasi Kerabu Ayam Percik dan Cucur Udang sebab dah scroll TikTok sebelum datang sini. Ramai yang recommend dishes di atas. Sedap ke? Untuk saya, makanannya sangatlah sedap!
Banyak juga menu yang kami order malam tu, termasuklah dapat complimentary kuih-muih. Saya tertarik betul dengan seri muka berwarna biru yang ada di sini. Unik kan? Biasanya pulut tu berwarna putih. Ini diwarnakan dengan biru bunga telang.
The showstopper, of course lah surprise daripada team Chef Wan yang membawa dua slices kek buat Ummi dan Abah dan signage yang comel ni!
Selamat Hari Lahir untuk Ummi dan Abah. Semoga Allah panjangkan umur dan satukan kita sekeluarga dalam syurgaNya. Aameen!
Till next entry!




Comments
Post a Comment