Posts

Showing posts with the label cat

Vaksin Kucing Buat Pertama Kali

Image
Assalamualaikum wbt Hampir sekian lama tangguh sebab kekangan waktu (hehe kesian Kopi!) untuk bawa our one and only cat for vaccination. Finally, last week Tuesday, saya managed untuk bawa Kopi ke klinik haiwan paling terdekat dengan rumah iaitu My Pets Animal Clinic Kulim . Sebelum bawa pergi vaccine, saya perlu buat appointment dulu. Nanti doctor akan decide waktu dan tarikh yang available 😀 Kopi ni jarang naik kereta tau. Paling-paling jauh pun pusing taman saja. Susah juga nak tenangkan Kopi dalam kereta sebab dia asyik mengiau-ngiau dengan kuat! Perjalanan yang singkat terasa sangat lama tetapi mujur saya ditemani oleh dua orang sepupu yang membantu saya untuk entertain Kopi. Pernah lah dua tiga kali Kopi melepas dalam kereta sebelum ni, bau dia tu oi memang boleh bawak gaduh! Tapi sayang punya pasal kan, nak marah pun tak jadi. Kebetulan waktu yang disetkan untuk Kopi ni tak ramai orang yang datang. Sebaik sahaja sampai, saya terus daftar di kaunter. Alhamdulillah, tempoh menung...

Kucing Kesayangan Keluarga: Milo dan Kopi

Image
Assalamualaikum w.b.t. Saya sekeluarga tidak pernah membela kucing di rumah sebab saya tak pandai bela binatang. Pernah ada ikan guppy di rumah, tapi mati. Kura-kura pun pernah bela, pastu hilang. Saya juga tidak gemar bulu kucing kerana kedua-dua adik saya menghidapi mild asthma. Jadi, bulu-bulu kucing yang bertebaran amatlah berbahaya kepada kesihatan membuatkan kami decide to not allow cats at home. Milo si kucing kelabu berbelang berekor patah Semuanya berubah pada awal tahun 2021, sekitar hujung bulan Januari. Pada satu midnight,  seekor kucing kelabu berbelang berekor patah datang di hadapan pagar rumah saya sambil mengiau dengan sangat kuat! Kami semua mati kutu tak tahu nak buat apa. Mula-mula saya menghalau kucing tersebut. Tahu-tahu after few hours, dia bersantai di atas engine kereta sambil memberi pandangan tajam ke arah tingkap rumah 😏  Keesokan harinya, kami membeli sepaket Prodiet dry food sebab kucing tersebut masih melepek di hadapan porch rumah. Mulai dari h...