Vaksin Kucing Buat Pertama Kali

Assalamualaikum wbt


Hampir sekian lama tangguh sebab kekangan waktu (hehe kesian Kopi!) untuk bawa our one and only cat for vaccination. Finally, last week Tuesday, saya managed untuk bawa Kopi ke klinik haiwan paling terdekat dengan rumah iaitu My Pets Animal Clinic Kulim. Sebelum bawa pergi vaccine, saya perlu buat appointment dulu. Nanti doctor akan decide waktu dan tarikh yang available 😀


Kopi ni jarang naik kereta tau. Paling-paling jauh pun pusing taman saja. Susah juga nak tenangkan Kopi dalam kereta sebab dia asyik mengiau-ngiau dengan kuat! Perjalanan yang singkat terasa sangat lama tetapi mujur saya ditemani oleh dua orang sepupu yang membantu saya untuk entertain Kopi. Pernah lah dua tiga kali Kopi melepas dalam kereta sebelum ni, bau dia tu oi memang boleh bawak gaduh! Tapi sayang punya pasal kan, nak marah pun tak jadi.



Kebetulan waktu yang disetkan untuk Kopi ni tak ramai orang yang datang. Sebaik sahaja sampai, saya terus daftar di kaunter. Alhamdulillah, tempoh menunggu pun tak lama sangat. Kopi pun dipanggil masuk ke Bilik Rawatan 1. Doktor angkat Kopi dan letakkan di atas penimbang. 4.63 kg! 💛 Mana tak naik berat badannya, asyik melepek pastu makan non-stop. Kemudian doctor check umur Kopi dengan tengok taring gigi. Since Kopi ni stray cats, saya pun tak pasti masa dia sampai rumah saya dulu, dia dah umur berapa time tu? Then estimation doctor should be around 3 years dah sekarang. Kalau 3 years, maksudnya Kopi dengan saya ni lebih kurang member-member saja lah hehe mengikut perbandingan umur manusia. 


After some time, assistant doctor datang dan bawa 2 syringes. Satu untuk cucuk vaksin, satu lagi bukan untuk cucuk Kopi pun tapi just lalukan liquid di lehernya. Tujuannya adalah untuk basmi kutu-kutu di badan Kopi sebab saya tengok recently dia asyik tergaru-garu sakan. Hopefully jatuh la kutu or hama yang asyik kacau Kopi tu. Dalam bilik rawatan tak boleh snap pictures so tak dapatlah nak tengok Kopi berbulu kembang sebab takutkan doctor. Dekat rumah muka bajet habis, masuk bilik doctor terus keluar muka cuak dia tu! 



After dah settle semua, assistant doctor panggil for payment. Tak mahal sangat cost vaccine. RM40 untuk vaccine sahaja plus RM20 for kutu. Tak ada ubat apa apa yang prescribe except kad vaccination kucing untuk Kopi. Dalam tempoh dua minggu kemudian kena bawak Kopi ke vet semula untuk diberi dos vaksin kedua. After that, vaksin setahun sekali sahaja.



Masa vaksin tu, rantai Kopi kena buang and tak boleh pakai selama seminggu. Mandi pun tak boleh for a week at least. Rasanya rantai Kopi kena buang sebab ubat kutu disapu di lehernya 😺 Anyhow, so far after one week vaccination, Kopi nampak biasa-biasa sahaja. Nothing strange or new pun even after balik dari clinic haritu, elok sahaja. Makan masih banyak as usual hehe cumanya manja terlebih extra pulak. 


Sekian, till next entry!


Comments

Popular posts from this blog

Authentic Thai Cuisine di ParaThai

Greece Part 1: Kucing di Kavala

Short Meet-Up Bersama Rakan Baik di Pak Mat Western