Kucing Kesayangan Keluarga: Milo dan Kopi
Assalamualaikum w.b.t.
Saya sekeluarga tidak pernah membela kucing di rumah sebab saya tak pandai bela binatang. Pernah ada ikan guppy di rumah, tapi mati. Kura-kura pun pernah bela, pastu hilang. Saya juga tidak gemar bulu kucing kerana kedua-dua adik saya menghidapi mild asthma. Jadi, bulu-bulu kucing yang bertebaran amatlah berbahaya kepada kesihatan membuatkan kami decide to not allow cats at home.
Milo si kucing kelabu berbelang berekor patah
Semuanya berubah pada awal tahun 2021, sekitar hujung bulan Januari. Pada satu midnight, seekor kucing kelabu berbelang berekor patah datang di hadapan pagar rumah saya sambil mengiau dengan sangat kuat! Kami semua mati kutu tak tahu nak buat apa. Mula-mula saya menghalau kucing tersebut. Tahu-tahu after few hours, dia bersantai di atas engine kereta sambil memberi pandangan tajam ke arah tingkap rumah 😏
Keesokan harinya, kami membeli sepaket Prodiet dry food sebab kucing tersebut masih melepek di hadapan porch rumah. Mulai dari hari itu, kami sekeluarga decide untuk adopt dan menamakan ia - MILO sebab bulu dia kekelabuan coklat macam milo ais ceroi (cair) 😺
Pengalaman pertama membela kucing
Milo memang penghibur hati kami sekeluarga. Setiap kali saya sampai rumah, dia akan tunggu di hadapan pintu pagar. Milo juga baik tak memilih makanan, semua benda dia bedal kecuali ubat-ubatan. Cukup extreme nak bagi Milo makan ubat, waktu-waktu teruji macamtulah saya rasa macam nak letak dia dekat market biar tahu erti syukur hehe 😆
Itulah kali pertama saya mandikan kucing. Kalau dulu cukup tak suka bulu-bulu kucing bersepah, sekarang ni tahi berketul-ketul pun sanggup sauk buang. Punyalah sayang! Gambar di handphone pun penuh gambar Milo sahaja. Ada satu kali tu, Milo demam tapi kami masih belum ada carrier kucing. Nasib baik Milo jenis tak gelabah bila masuk kereta. Elok sahaja dia duduk dalam kotak air mineral. Cuma perjalanan nak ke vet tu tak jauh pun dalam 8 minit drive sahaja dari rumah tapi terasa lamaaaa betul 😁
Milo bawa kawan baru dan menghilangkan diri
Ada satu hari tu, saya ternampak Milo berkawan dengan seekor anak kucing berbulu hitam. Kecil sahaja kucing tersebut, boleh angkat dengan tapak tangan. Comot dan busuk betul. Pastu garang! Tak tahu macamana, mereka berdua jadi bestfriend forever. Abah saya cakap, maybe depa ni adik-beradik yang terputus talian haha! Ada masanya mereka sangat baik dan mendengar kata. Ada ketika, nakal tak boleh bawak bincang.
Macam-macam harta benda saya mereka rosakkan seperti pokok succulent dan fittonia yang baru dibeli dari Nursery Pakcik Pakistan. Tahu-tahu tinggal tanah saja dalam pasu. Bunga dah hilang ke mana disepak-sepak macam bola. Beberapa minggu Milo dan Kopi tinggal di rumah kami, ada satu hari tu, Milo hilang tak tahu ke mana. Sedih sangat rasa. Cari satu taman masih tak jumpa sampai lah hari ini, sudah hampir setahun Milo hilang. Tinggallah Kopi keseorangan.
Sejak dari haritu, saya sekeluarga tak tambah kucing baru dan focus dekat Kopi sahaja. Dari sekecil tapak tangan sampai perut menggelebeh malas nak berjalan dah sekarang sebab makan tak berhenti 😂 Breed kopi ni jenis domestic short hair. Bulu-bulunya pendek dan lembut. Tak senang luruh kecuali kalau dah lama sangat tak mandi, dia mula tergaru-garu 😅
Kopi manja dan kuat menangis
Comments
Post a Comment