Menikmati Secawan Teh Tarik Panas di Thirty8

Assalamualaikum w.b.t.

I am such a tea fan. Cuma taklah hardcore. I don't really have philosophical thoughts about tea. I just like the taste of tea, without sugar.


A photo of Karak Tea semasa visit KSA booth di PBAKL. 
Betul-betul berempah ye sampai sakit kepala saya haha!

Saya telah menerima beberapa gifts and souvenirs yang bercirikan teh daripada beberapa kenalan. Antaranya, teh artisan yang diberikan semasa hari jadi. Kemudian, manager saya juga ada menghadiahkan satu set cawan teh seramik dari China semasa beliau melawat Malaysia.

Disebabkan saya suka sangat minum teh, setiap kali saya menginap di hotel, saya tidak akan melepaskan peluang untuk try teh tarik panas time breakfast.

Saya masih teringat rasa kelat teh masala di Shangri-La yang saya kongsikan dalam entry ini. Baru-baru ini, saya cuba pula teh tarik panas di Thirty8 (nama kafe di Grand Hyatt, Kuala Lumpur). Di sini, teh tariknya disajikan live through sebuah mini cart. Ada beberapa jenis teh, such as masala tea, teh tarik, etc. 


Hampir setiap hari sepanjang work trip saya di KL baru ini, saya memulakan pagi saya dengan teh tarik panas or teh masala panas sebelum berjalan kaki ke convention centre untuk mula bekerja. 

Memang best! Cuba tengok foamnya. Berbuih-buih.


Yang best tentang teh tarik di hotel ni, rasanya tak terlalu manis dan ada sikit kelat pahit-pahit tu. Tak tahu lah nak explain macamana. Pendek kata, just nice.


Hot Masala Tea di Hyatt Centric. 
Cute kan? Siap berhias dengan condiments!

Tapi itulah, price teh di hotel ni je la yang tak nice at all, memang terlebih digit haha.

Teh Tarik Kegemaran Keluarga

On a side note, kami sekeluarga ada specific kedai untuk minum teh tarik. By accident, we found Hussin. Mulanya Hussin ni bekerja di Restoran Taj Kulim. Lepastu dia dipindahkan ke Restoran Omar yang terletak 5 minutes away from the previous restaurant.

Meskipun begitu, kami sekeluarga still prefer teh tarik yang Hussin buat sebab tak manis, kawww dan memang kena dengan our taste.

Yang kelakarnya, kalau kami datang untuk order air, memang Hussin je yang akan prepare. Mamak-mamak lain boleh ketepi. 100 percent recommended sebab rasanya hampir sama macam teh tarik di hotel cuma harga mesra alam RM2.20.

Other than teh tarik, saya teringin juga nak rasa and experience tea culture di China. In sha Allah satu hari nanti jika diberikan peluang.

Till next tea sesh!

Comments

Popular posts from this blog

Authentic Thai Cuisine di ParaThai

Sekotak Almond Kurabiyesi dan Seafood Kavala

Kucing-Kucing Comel di Kavala, Thessaloniki